Followers

Wednesday, July 17, 2013

RESEPI AISKRIM CEPAT DAN SENANG

Assalamualaikum dan salam ramadhan..kali ni nak share resepi nak buat aiskrim memandangkan entry resepi kek oren  aritu dapat sambutan.ok ini poyo.
seriously aku pon tak tawu sejak bila blog ni jadi belog resepi. takpelah lagipon sharing is caring.
sebenarnya buat aiskrim ni senang aje. aku pon mula2 ingatkan susah.
rupa-rupanya budak tadika pon boleh buat.


RESEPI AISKRIM STRAWBERRY

BAHAN -BAHAN:
1 tin susu cair (aku guna susu cair brand Ideal)
1/2 tin susu pekat ( bole kurangkan ikot tahap gula dalam badan korang)
1 biji telur
2 sudu ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
perisa ikut kesukaan (mine buat milo dengan strawberry. strawberry tu guna strawberry emulco)

CARA- CARANYA:
1) Campurkan semua bahan; susu cair, susu pekat, ovallete, telur dan esen vanilla . Pukul bahan2 sampai kembang guna maximum speed selama 20minit. Ingat pukul sampai kembang dan fluffy gitu. Ala..macam    nak buat meringue tuh.
2) Masukkan perasa yang korang nak dan kacau hingga rata.
3) Masuk dalam freezer. Siap!

                                         haa..kan da cakap budak tadika pon boley buat


hehe, embed code from instagram je. malas nk transfer2 picture. ok. ni la hasilnya.siap letak dalam bekas aiskrim walls lagi. bajet walls je kan.  tapi sedap tau, bole la buat tambah2 juadah berbuka. ok selamat mencuba!!


Thursday, February 21, 2013

Lamborghini mewah

sape yg tak tawu lamborghini tu ape segera la google. sebab aku da merasa da bawak kenderaan mewah tu. seriously weh best and excited giler.
siap bawak masok paddock lagi. lamborghini yang aku cakap tu ade kat bawah ni.

of course ni bukan lamborghini. ini org yg nak bawak lamborghini.jakun.


 tadaaa..mewah tak.haha.

it is one of the activity masa praktikal kat Jeram Pasu haritu selain pegi KB mall.haha.
mesti ramai yang tak tawu apa kaitannya bidang haiwan yang aku amek dgn traktor ini.tapi ia memang ade kaitannya.kalo nak renung boleh renung-renungkan.
dont worry aku telah diajar before die lepas kan aku utk bawak lamborghiini ni sendiri.

Sunday, February 10, 2013

Resepi KEK OREN IBU

semalam aku buat kek lagi. tu yang tetibe rasa nak share resepi kek oren ibu ni. 
aku rajin buat kek oren sebab ayah dan ibu suka sangat makan kek ni.
dari buat kek yang kita suka tapi takde orang nak makan, baik kita buat kek yang ada orang nak makan. takde la membazir.
semalam aku buat 3 biji/ buah kek oren.--->tak pasti ape penjodoh bilangan die
saja buat banyak bole bagi orang makan.
kek ni simple sesangat bagi sapa yang masa tak berapa nak ada tapi nak buat kek, ni adelah kek yang senang lagi sedap!

Bahan-bahannya;

1 buttercup
3/4 cawan gula
4 biji telur
1 ½ cawan tepung naik sendiri
½  cawan tepung gandum
1 biji oren sunkist (parut kulit oren dan jus oren;2 sudu)
Pewarna dan perisa oren (optional)

Cara-cara
1) Pukul buttercup dgn gula smpai rata.
2) Masukkan telur satu persatu dan pukul setiap kali masok tu.
3) Masukkan tepung naik sendiri dan tepung gandum. (kalo diayak lagi bagus)
4) Masukkan kulit oren yg dah diparut dan juga jus oren. Kalo nak, letak pewarna oren dengan perisa oren
5) Panaskan oven. Bakar pada suhu 120-130 celcius selama 45min.
6) Siap! senangkan? main masok2 je.


abaikan yang terbakar sikit2 tuh.


siap dihidang. selamat mencuba!

Sunday, January 27, 2013

I'm in Kelantan!

salam..you all.
aku nak royak aku da smpai kelantan wehhh. excited!
maklumlah sebelum ni aku tak pernah pergi sini. so agak kejakunan la.
aku datang sini sebab ade praktikal selama 3 minggu di Jeram Pasu. So aku tumpanglah kat rumah orang, iaitu rakan ku Norisal. 
Dengan muka tak malunya, aku secara langsung atau tidak langsung telah menawarkan diri untuk tinggal dirumahnya. Kesiankan, bagaikan melukut di tepi gantang nyanyian aisyah.
Aku baru je sampai pagi tadi and aku naik kereta api wehh. ni lagi satu pengalaman yang thrill untuk aku royak. Sebelum ni mane pernah aku naek KTM jejauh siap dengan katil untuk tidur kalau ade pon naek KTM nak pergi serdang ke, mid valley ke.

Malam pertama di dalam kereta api memang susah nak tido. sebab aku asyik nak tengok pemandangan kat luar je. last2 orang laen da tido aku tak tido lagi.
Masa aku tengah tengok permandangan luar melalui cermin, tetiba terlintas kat otak aku. macam mane kalo tetibe aku ternampak benda2 yang aku tak nak nampak and benda tuh melambai2 kat aku. scary kan. tapi  tengok2 ianya adalah sehelai beg plastik putih yang tersangkut kat tiang. 

p/s: setakat ni memang ternganga2 aku dengar Norisal nama sebenar dan keluarganye bersembang. words untuk hari ni royak, tubik, kelik.
oleh sebab aku da ada kat kelantan, bestnya kalau dapat makan cik mek molek petang2 macam ni sambil ditiup2 angiin petang. hehe.
sebenarnya aku jumpe je kuih cik mek molek kat kl. saje nak feeling lebih.
sapa orang kelantan memang kenal kuih ni, tak kenal maka tak cinta.


gambar nih pinjam eh.
berjalan2 and singgah mkn di KB mall. hehe

Friday, January 25, 2013

I'M BACK! Rindu

Salam..apa khabar sume?
lamanya aku tak bukak belog. almost 2 years.
bile bukak balik blog seriously aku mmg tak tawu ape.
macam baru2 blogging dulu.eh..ape ni?oo..macam ni ke?alamak..mcm mane nak buat nih?
yelah banyak da tukar baru.so jadi noob balik laa.malah berganda.
menaip pon asyik nak shortform je memanjang.yelah terbiasa bila menaip kat twirerr(Twitter)
banyak yang aku tertinggal sepanjang dekat 2 tahun ni.
lepas tuh aku kagum tengok orang yang busy pon still bole update belog.
aku ni bukannye buat apa sangat pon balik kelas pastu tido.hehe.busy kan.
sebenarnya aku rindu nak berbelog balik.
so malam ni aku akan jenguk korang punya belog.manelah tawu belog yang dulu nampak biase2 je sekarang ni da berambu ramba ke.

p/s: sokongan korang untuk aku teros berbelog amat aku hargai. :)) aku blogwalking ke blog yg da lama aku tak pergi tadi.kebanyakan mereka pon da lama tak update belog.tetibe aku rase sedih. where are you friends?

baru2 ni aku terjebak dalam crafting pula.


WAHIDA ALIAS@NONSTOP BLA.BLA.BLAH COPYRIGHT