Followers

Tuesday, October 20, 2015

TIPS MEMILIH MAKANAN KUCING

Baiklah ramai yang bertanya pada saya makanan apa yang terbaik dan seimbang untuk kucing mereka.
Alrite, bagi yang perlukan panduan untuk memilih makanan kucing boleh la go through post ni.
Harap dapat membantu sedikit sebanyak.
Sebelum tu saya da berhenti kerja di klinik haiwan di seksyen 7 bandar baru bangi atas sebab yang tak dapat dielakkan.
Ok, just cut the crap please.

First soalan yang selalu owner kucing tanya.

1) DRY FOOD vs WET FOOD? Which one is better.

Nak diikut kan wet food yang ada di pasaran sangat rendah kandungan proteinnya jika dibandingkan dengan protein yang ada dalam dry food/biscuits.
Kebanyakan kucing prefer makan wet food disebabkan palatability yang tinggi,
Selain itu, wet food mempunyai kandungan air/ moisture yang banyak.
So, wet food sebenarnya boleh mengurangkan risiko kucing daripada terkena penyakit batu karang/stone.

Tetapi harus diingat, di zaman moden ini, kebaikan wet food itu dapat diatasi dengan terciptanya water fountain yang boleh menggalakkan kucing supaya minum air.
Oleh itu, dengan hanya memberi dry food sahaja kepada kucing anda bukan la sesuatu masalah besar.
Akan tetapi, kebanyakan dry food mempunyai karbohidrat yang tinggi.
Oleh itu, sekiranya hanya memberikan dry food kepada kucing anda seeloknya carilah karbohidrat yang paling minima.

Sekiranya  hanya tertumpu kepada wet food sahaja sebagai makanan kucing anda, pembinaan tartar pada gigi dan penyakit gingivitis akan mudah berlaku.
Kebanyakan wet food juga mempunyai kandungan jelly yang banyak sebagai pengikat makanan. Kandungan jelly sahaja da setengah tin, protein nya sikit pulak kan.
Protein sangat penting dalam tumbesaran kucing, jika kekurangan protein dalam badan maka terbantut la tumbesaran kucing.

Ikan dan seafood di dalam wet food juga merupakan bahan yang paling banyak mendatangkan reaksi allergy/alahan kepada kucing.
Walau bagaimanapun tidak salah sekiranya memanjakan anak bulus anda dengan menyajikan wet food hanya sekali sekala.

2) WHICH BRAND IS THE BEST?

Terdapat banyak brand di pasaran. Tetapi apa yang penting anda perlulah melihat kandungan didalam setiap makanan tersebut.
Perkara pertama yang perlu diambil kira adalah crude protein nya.
Jika crude proteinnya tinggi maka lagi bagus la untuk anak bulus anda terutamanya pada peringkat anak kucing.


Royal Canin Kitten ada 34%, Blackwood kitten 33%, Hills ideal balanced kitten 35%, nature's protection kitten 36% dan iams kitten 33%.


Sememangnya pemilihan makanan untuk kucing adalah perkara yang kompleks kerana terdapat banyak aspek yang perlu diambil kira.

So far, pada pendapat saya, makanan yang paling disukai kucing adalah makanan yang tidak seimbang nutrisinya.
Mungkin kerana terdapat food preservatives atau flavouring di dalamnya sebagai pembuka selera anak bulus kita.
Seperti manusia juga, kita lebih menyukai fast food daripada makanan2 yang telah terbukti khasiatnya.

Selain itu, makanan yang bagus adalah yang tidak mempunyai preservatives, corn, wheat, potatoes and soy free.
Kucing adalah 'obligate carnivores' yang bermaksud memerlukan daging sebagai melengkapi keperluan mereka dan bukanlah karbohidrat.
Jadi, adalah amat penting untuk mengekalkan tahap karbohidrat seminima yang mungkin kerana makanan yang tinggi karbohidrat untuk jangka masa yang lama bole menyebabkan penyakit diabetes pada kucing.

Alert: Makanan yang mempunyai gravy dan sauce mengandungi karbohidrat yang tinggi.

Kandungan lemak juga penting kerana ianya mengandungi fatty acids seperti omega 3 dan omega 6 yang membantu dalam meningkatkan sistem imunisasi kucing, dan juga untuk bulu dan kulit yang sihat.

Jadi, pilih la makanan yang sesuai dan bertepatan untuk kucing anda. Sama ada Royal canin, Blackwood, Hills, Iams, Equilibrio ke sume pilihan terletak ditangan anda. 










Thursday, July 23, 2015

Jenama Ted Baker

Salam anda semua..selamat hari raya saya ucapkan dan maaf zahir batin.
Saya kembali dengan menulis di blog ni.
Well, da abis blaja kata. Alhamdulillah syukur penat lelah selama 5 tahun ni akhirnya habis juga.
Terasa diri ini matang berbanding dulu.hehe...sikit la.

Memandangkan hari selasa ni da start kerja di klinik sekian sekian. Maka bermula la alam bekerja yang tak tawula macam mana nanti.
Sambil2 tu mari saya perkenalkan bisnes kecil kecilan saya ni.  Seriously timbul rasa minat nak berniaga ni sejak azali lagi. Cumanya dulu tak berkesempatan.

Alrite. Saya ade menjual barangan jenama Ted Baker. Honestly ni bukan beg original tapi ianya berkualiti gred AA dan Gred AAA. Kualitinya pon bagus.
Lagi satu, bag ni tahan lasak tau. From my experience guna bag ted baker ni selama setahun lebih, selain tahan lasak, saya tak perlu risau kalau kotor ke sebab boleh dicuci dengan air dan tisu je. setel.
Sampai harini beg saya still nampak macam baru. Best kan?

Last saturday, saya jalan2 di Bangsar village dan termasuklah kedai Ted Baker Boutique original. Untuk info anda yang meminati beg ted baker original harga untuk shopper bag tu lebih kurang rm300-Rm500 mengikut size dan pattern.

Kepada sesiapa yang meminati jenama ted baker ni dan ingin membeli dengan harga mampu milik, bolehlah kunjungi instashop saya. Follow @ladycherryshop atau tekan je button follow di sidebar blog ni.

Sekian. P/s: Mari pergi beraya


WAHIDA ALIAS@NONSTOP BLA.BLA.BLAH COPYRIGHT